Sunday 25 December 2011

Tip dan Amalan Penyakit Waswas

Berikut adalah tip dan kaedah bagi menangani penyakit waswas:
  1. Berikhtiar dengan sabar dan solat adalah formula dari Allah s.w.t dalam usaha memohon pertolongan.Cuma pastikan segala syarat solat diterima, ditekankan disamping meningkatkan kesabaran serta beristiqomah dalam mengerjakannya.
  2. Memohon perlindungan daripada hasutan syaitan setiap kali hendak memulakan ibadah.
  3. Seimbangkan perasaan takut ( khauf ) dan harap ( raja'). Takut yang keterlaluan dalam amalan dan ibadah tidak diterima oleh Allah adalah salah dan punca waswas. 
  4. Dalami permasalahan fiqah dengan bertanya kepada ustaz. Pastikan pemahaman yang tepat, bukan dengan sekadar membaca kitab sahaja.

No comments:

Post a Comment