Sunday 25 December 2011

Tip dan Amalan Penyakit Waswas

Berikut adalah tip dan kaedah bagi menangani penyakit waswas:
  1. Berikhtiar dengan sabar dan solat adalah formula dari Allah s.w.t dalam usaha memohon pertolongan.Cuma pastikan segala syarat solat diterima, ditekankan disamping meningkatkan kesabaran serta beristiqomah dalam mengerjakannya.
  2. Memohon perlindungan daripada hasutan syaitan setiap kali hendak memulakan ibadah.
  3. Seimbangkan perasaan takut ( khauf ) dan harap ( raja'). Takut yang keterlaluan dalam amalan dan ibadah tidak diterima oleh Allah adalah salah dan punca waswas. 
  4. Dalami permasalahan fiqah dengan bertanya kepada ustaz. Pastikan pemahaman yang tepat, bukan dengan sekadar membaca kitab sahaja.

Friday 23 December 2011

MUAMALAT

PENGERTIAN MUAMALAT

Muamalat ialah aktiviti hidup seseorang seperti jual beli, tukar menukar, pinjam meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam hubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah subhanahu wataala.

FADHILAT MUAMALAT

1. Melalui muamalat manusia dapat menuju kesempurnaan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah subhanahu taala.
2. manusia yang berjaya dan diredhai Allah akan membuat amal kebajikan seperti berzakat, bersedekah dan lain-lain.
3. Membelanjakan hartanya ke jalan Allah dan ia beriman maka tetap akan beroleh pahala yang besar.

HIKMAH MUAMALAT

1. Memelihara dan memupuk keadilan dan amanah.
2. Sentiasa tolong menolong.
3. Memelihara mengakui hak asasi individu dan masyarakat.
4. Memelihara kepentingan berlandaskan nilai akhlak dan ciri kemanusiaan.
5. Menggerakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial yang seimbang.


* sentiasalah membeli makanan dan minuman yang bertanda halal.

Thursday 22 December 2011

IBADAT AQIQAH

PENGERTIAN

Aqqiqah ialah penyembelihan binatang ternakan yang halal dimakan sempena mencukur rambut bayi pada hari ketujuh selepas kelahiran.

DALIL DAN HUKUM AQIQAH

Rasulullah menerang dalam sebuah hadis:
:عن سمرة بن جندب أن رسوك الله صلى الله عليه وسلم قال
, كل غلام رهينة بعقيقته تذبح عنه يوم سابعه , ويحلق ويسمى


( رواه أبو داءود )

ertinya:
daripada samurah bin jundab R.A bahawasanya rasulullah S.A.W bersabda:
Setiap anak menjadi gadaian sehingga disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh kelahirannya, dicukur rambut dan diberi nama.

Hukum aqiqah adalah ibadah sunat mu'akad .

JENIS-JENIS BINATANG AQIQAH

- kambing
- biri-biri
- lembu
- unta

Syarat binatang aqiqah

1. Tidak mempunyai kecacatan yang boleh mengurangkan daging seperti:
- kaki pincang
- sakiit
- sangat kurus
- buta dan sebagainya

2. Cukup umur, seperti
- biri-biri, umurnya satu tahun lebih atau sudah berganti gigi
- kambing, umurnya dua tahun lebih
- lembu, kerbau atau sapi, umurnya dua tahun
- unta, umurnya lima tahun

KHAIFIAT MELAKUKAN IBADAH AQIQAH

- Berdoa semasa hendak menyembeli
بسم الله الله اكبر, اللهم هذا منك واليك عقيقة
- Menyembeliih aqiqah ketika matahari sedang naik
- Mencukur rambut bayi selepas menyembelih
- Menyedekahkan kepada fakir miskin emas atau perak seberat timbangan rambut bayi yang dicukur atau wang yang sama nilainya.
- Memberi nama yang baik seperti Abdulla, Abdul Rahman atau nama-nama Nabi bagi lelaki.
- Jika perempuan nama seperti Zainab, Aisyah atau nama-nama wanita solehah yang lain.
- Tulang-tulang binatang aqiqah itu digalakan supaya tidak dikerat-kerat atau dipecah-pecahkan.
- daging aqiqah dimasak agak manis dan disedekahkan kepada fakir miskin.

HIKMAH MELAKUKAN IBADAT AQIQAH

1. Menghayati cara Islam mensyukuri kelahiran anak kurniaan allah subhanahu wata'ala.
2. Melahirkan kegembiraan kerana mendapat zuriat menepati sunah Rasulullah S.A.W yang bangga dengan ramai umatnya pada hari kiamat.
3. Menghubung dan mengukuhkan silaturrahim keluarga anak itu dengan masyarakat.
4. Mendekatkan anak yang lahir kepada cara hidup Islam sejak awal-awal lagi.

* daging aqiqah afdhal dimasak agak manis dan dihidang kepada tetamu dan disedekahkan kepada fakir dan miskin.
* anak lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala anak perempuan pula seekor.




Wednesday 21 December 2011

IBADAH KORBAN

Pengertian
Korban ialah penyembelihan binatang ternakan yang haklal dimakan pada hari 'idul adha dan hari-hari tasyrik, iaitu 11,12,dan 13 zulhijjah.
Ibadah ini bertujuan menghampirkan diri kepada Allah subhanahu wata'ala.

Dalil dan hukum ibadah korban
فصل لربك وانحر   


( سورة الكوثر اية 2 )


ertinya:
Oleh itu, kerjakanlah solat kerana tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban ( sebagai tanda syukur )

Hukum melakukan ibadah korban


Hukumnya sunat mu'akad

Jenis-jenis binatang korban


\

* binatang 'a'am sahaja yang sah dijadikan korban dengan syarat-syarat tertentu.

Syarat binatang korban


1. Binatang ternakan sahaja yang sah dijadikan korban dengan syarat :
 
    tidak mempunyai kecacatan yang boleh mengurangkan daging seperti :
    -kaki pincang                                 -sakit kurus
    -sakit                                             -buta dan sebagainya

2. Cukup umur, iaitu :
   -(biri-biri), umurnya satu tahun lebih atau sudah berganti gigi.
   -(kambing), umurnya dua tahun lebih.
   -(lembu,kerbau atau sapi ), umurnya dua tahun.
   -(unta), umurnya lima tahun lebih.

* sekiranya berhajat untuk berkorban, carilah binatang yang paling baik dan sempurna.


Fadhilat korban


Diantara fadhilat ibadah korban adalah :

-mendapat ganjaran dan keredhaan dari Allah.
-berkongsi merasai nikmat Allah bagi golongan fakir miskin.
-mengingati peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
-menghubungkan silaturrahim diantara lapisan masyarakat Islam.
-mensyukuri nikmat yang Allah beri kepada hambanya.

HUKUM DAGING KORBAN
1. Qurban Nazar
      Apabila seseorang itu bernazar untuk melekukan qurban maka wajiblah ke atasnya melaksanakannya. Dagingnya wajiblah disedekahkan semuanya. Ia tidak boleh makan dan menjualnya,

2. Qurban Sunat
     Daging qurban sunat boleh dimakannya dan disedekahkan. Daging qurban tidak boleh dijual.

Saturday 17 December 2011

FEKAH - TAHUN 6 ( SEMBELIHAN )

pengertian sembelihan

iaitu menyembelih binatang yang halal dengan syarat-syarat tertentu dengan menggunakan sesuatu alat yang tajam selain gigi, kuku dan tulang.

Dalil dan hukum

Firman Allah Taala

حرمت عليكم الميتة والدم ولحم الخنزير وما أهل لغير الله به والمنخنقة والموقوذة والمتردية والنطيحة وما أكل السبع إلا ما ذكيتم 

Ertinya: Diharamkan kepada kamu ( memakan ) bangkai ( binatang yang tidak disembelih), darah ( yang keluar mengalir ), daging babi, binatang - binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, binatang yang mati tercekik, mati dipukul, yang mati jatuh dari tempat tinggi, yang mati ditanduk dan yang mati di makan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih ( sebelum habis nyawanya )

Hukum sembelihan

Binatang yang halal dimakan adalah wajib disembelih, binatang yang mati tanpa disembelih hukumnya bangkai dan haram dimakan.





Syarat sah sembelihan: 

- Niat kerana Allah 
- Orang yang menyembelih hendaklah beragama islam 
- Binatang yang halal dimakan 
- Binatang itu mati dengan sekali sembelih 
- Putus urat halkum dan urat merih. 


 Alat sembelihan:




Hikmah sembeliahan

- dapat mengeluarkan semua darah binatang sembelihan dengan cepat.
- Dapat membezakan diantara sembelihan orang Islam dan orang kafir.
- Boleh mematikan binatang dengan cara yang cepat dan selamat.
- menjadikan sihat tubuh badan bagi orang yang memakan daging.
- Sebagai tanda penghormatan manusia ke atas makhluk ciptaan Allah.

 

Monday 12 December 2011

RPH - TILAWAH


چاتتن/ الت
 p&p اكتيويتي
ايسي ڨلاجرن
ماس/ لڠكه

اخلاص دالم بردعا


- ڬورو ممينتا موريد  ممباچ  دعا براماي – راماي
-  ڬورو دان موريد ممباچ دعا برسام- سام
باچاءن دعا
اللهم افتح علينا حكمتك وانشرعلينا من خزاءني رحمتك يا ارحم الراحمين
مقدمة :
2             مينيت

ڬمبر أورڠ ڨرمڨوان مڠاجي


- ڬورو  ممڨاميركن ڬمبر وانيتا سدڠ مڠاجي.

- ڬورو ممينتا موريد ممرهاتي ڬمبر يڠ دتونجوقكن.

 - ڬورومڽوءال موريد ببراڨ  سوألن مݞناءي  ڬمبر ترسبوت.

 - ڬورو مڠاءيتكن ڬمبر ترسبوت دڠن تاجوق ڨڠاجرن.
" سورة النساء"
-ڨوستر ڬمبر اورڠ مڠاجي.

سيت ايندوكسي :
3             مينيت
-         ڨيتا راكمن سورة النساء
-         چرتا



قائده :
- تلقي

  
 

   تلقي مشفحه





- ڬورو ممڨردڠركن بچاءن اية   1-5 ملالوءي ڨيتا راكمن موريد مندڠر دڠن تليتي.

- ڬورو ممڨاميركن چرتا اية سورة النساء دان مڠولڠ ممباچ اية 51-  دڠن بچاءن ترتيل.

- ڬورو ممباچ اية ترسبوت دان ممينتا موريد  مڠيكوت باچاءن ڬورو    سچارا كلس.

سورة النساء اية1-5  





لڠكه 1
8        مينيت


-         كد ڨوتوڠن اية


-         قائده


- تقرار



      
- تسميع تصحيح




- لاتيه توبي


- ڬورو ممينتا موريد مباچ    ڨوتوڠن اية 1-5  دڠن باچاءن كوات سچارا كلس.

- موريد مݞولݞ-اولݞ باچاءن سچارا كومڨولن  دان اينديۏيدو ببراڨ كالي, ڬورو منليتي باچاءن موريد.

- ڬورو مندݞردان ممبتولكن باچاءن موريد سچارا اينديۏيدو.

-  موريد ممباچ اية ببراڨ كالي مڠيكوت اوروتن دان مڠولڠ-اولڠ  ددالم كومڨولن دان اينديۏيدو.


         سور ة النساء أية 1-5

لڠكه 2
12  مينيت


-         كماهيرن مڽوسون



-         ڨڠوكوهن
- ڬورو ممڨردڠركن سمولا باچاءن سورة النساء أية 1-5 دري :
-          ڨيتا راكمن
-         باچاءن ڬورو
- ڬورو ممينتا موريد  مڽوسون كلمة دري اية 1 دهداڨن كلس مڠيكوت اوروتن.
- ڬورو برڨواس هاتي دڠن باچاءن موريد دان ممينتا موريد مڠولڠ باچاءن درومه.

-         ڨوتوڠن اية سورة النساء









ڨنوتوڨ
5 مينيت

اولسن كنديري : __________________________________________________________________
اولسن ڨڽليا / ڬورو ڨميبمبيڠ : ___________________________________________________________