Thursday 22 December 2011

IBADAT AQIQAH

PENGERTIAN

Aqqiqah ialah penyembelihan binatang ternakan yang halal dimakan sempena mencukur rambut bayi pada hari ketujuh selepas kelahiran.

DALIL DAN HUKUM AQIQAH

Rasulullah menerang dalam sebuah hadis:
:عن سمرة بن جندب أن رسوك الله صلى الله عليه وسلم قال
, كل غلام رهينة بعقيقته تذبح عنه يوم سابعه , ويحلق ويسمى


( رواه أبو داءود )

ertinya:
daripada samurah bin jundab R.A bahawasanya rasulullah S.A.W bersabda:
Setiap anak menjadi gadaian sehingga disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh kelahirannya, dicukur rambut dan diberi nama.

Hukum aqiqah adalah ibadah sunat mu'akad .

JENIS-JENIS BINATANG AQIQAH

- kambing
- biri-biri
- lembu
- unta

Syarat binatang aqiqah

1. Tidak mempunyai kecacatan yang boleh mengurangkan daging seperti:
- kaki pincang
- sakiit
- sangat kurus
- buta dan sebagainya

2. Cukup umur, seperti
- biri-biri, umurnya satu tahun lebih atau sudah berganti gigi
- kambing, umurnya dua tahun lebih
- lembu, kerbau atau sapi, umurnya dua tahun
- unta, umurnya lima tahun

KHAIFIAT MELAKUKAN IBADAH AQIQAH

- Berdoa semasa hendak menyembeli
بسم الله الله اكبر, اللهم هذا منك واليك عقيقة
- Menyembeliih aqiqah ketika matahari sedang naik
- Mencukur rambut bayi selepas menyembelih
- Menyedekahkan kepada fakir miskin emas atau perak seberat timbangan rambut bayi yang dicukur atau wang yang sama nilainya.
- Memberi nama yang baik seperti Abdulla, Abdul Rahman atau nama-nama Nabi bagi lelaki.
- Jika perempuan nama seperti Zainab, Aisyah atau nama-nama wanita solehah yang lain.
- Tulang-tulang binatang aqiqah itu digalakan supaya tidak dikerat-kerat atau dipecah-pecahkan.
- daging aqiqah dimasak agak manis dan disedekahkan kepada fakir miskin.

HIKMAH MELAKUKAN IBADAT AQIQAH

1. Menghayati cara Islam mensyukuri kelahiran anak kurniaan allah subhanahu wata'ala.
2. Melahirkan kegembiraan kerana mendapat zuriat menepati sunah Rasulullah S.A.W yang bangga dengan ramai umatnya pada hari kiamat.
3. Menghubung dan mengukuhkan silaturrahim keluarga anak itu dengan masyarakat.
4. Mendekatkan anak yang lahir kepada cara hidup Islam sejak awal-awal lagi.

* daging aqiqah afdhal dimasak agak manis dan dihidang kepada tetamu dan disedekahkan kepada fakir dan miskin.
* anak lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala anak perempuan pula seekor.




No comments:

Post a Comment