Friday 23 December 2011

MUAMALAT

PENGERTIAN MUAMALAT

Muamalat ialah aktiviti hidup seseorang seperti jual beli, tukar menukar, pinjam meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam hubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah subhanahu wataala.

FADHILAT MUAMALAT

1. Melalui muamalat manusia dapat menuju kesempurnaan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah subhanahu taala.
2. manusia yang berjaya dan diredhai Allah akan membuat amal kebajikan seperti berzakat, bersedekah dan lain-lain.
3. Membelanjakan hartanya ke jalan Allah dan ia beriman maka tetap akan beroleh pahala yang besar.

HIKMAH MUAMALAT

1. Memelihara dan memupuk keadilan dan amanah.
2. Sentiasa tolong menolong.
3. Memelihara mengakui hak asasi individu dan masyarakat.
4. Memelihara kepentingan berlandaskan nilai akhlak dan ciri kemanusiaan.
5. Menggerakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial yang seimbang.


* sentiasalah membeli makanan dan minuman yang bertanda halal.

No comments:

Post a Comment