Tuesday 10 January 2012

Assalamualaikum

Ya akhawat….
Inilah yang dinamakan kelebihan atau keanehan yang ada pada masa…
Masa yang dikatakan penentu. Masa yang diibaratkan seperti emas. Masa yang lazimnya tidak pernah cukup. Masa yang seakan-akan tidak berlalu. Lantas penantian menjadi azab.
Tak terluang ,,tak cukup…terlampau lama..
Walau berlalu…namun hanya masa boleh mengganti masa. Masa yang dikatakan mengubah segalanya.
Tapi bukan salah masa, ya akhawat….
Masa bukanlah Maha Berkuasa, ianya Cuma beredar, tak pernah singgah. Kita ni manusia..yang perlu merancang masa. Kemudian yang Maha Esa akan menentukan segalanya.
Yang si dia bagai pungguk menunggu dah sekian lama..tak dipedulikan. Bulan lain dating kenapa nak terasa hati..???
Exam makin dekat.buku hampir berhabuk..member yang selalu kena peril sebab tak mahu ikut lepak kat kafe tu…dah dapat tempat di IPT…Kamu?
Nanti dulu..esok-esok..tak lama lagi..janji ..sumpah..bila ada masa …Bila tu agaknya..??

Bila dah terlambat, bila hati remuk redam, menangis tak berlagu. Hati berkecai. Sembahyang sambut Awal Muharam pun teresak-esak, tak pasti kerana Allah itu yang dikatakan nak bukak buku baru?
Sampai bila ya akhawat..?                                                                                                                   
Sia-sia saja bukak buku baru, kalau buku lama penuh dengan dosa-dosa silam dan kesilapan yang hingga kini belum lagi diperbetulkan, yang ditangguhkan..
Macam ni…
Kita cuba lagi..Azam baru..untuk tahun baru..dah nak setengah abad..azam tu tak pernah terlaksana…
Tapi sape kata tak bolah cuba lagi…
Di tahun baru ni…sematkan niat di hati dan kuatkan semangat dengan mengangkat ikrar untuk ameningkatkan usaha bagi merealisasikan yang belum tercapai..dan mana-mana yang sewaktu dengannya….
Mana tahu kan…kali ini dengan izin Yang Maha Esa..masa menyebeelahi kita.
Selamat Tahun Baru….

Thursday 5 January 2012

Hari Kiamat

Setiap yang hidup pasti merasai maut selepas roh keluar daripada jasad seseorang. Selepas itu jasad simati disimpan di dalam kubur selepas dimandikan, dikapan dan disembahyangkan keatasnya. Didalam kubur, mayat seseorang mukmin ditemani oleh amal-amal salih yang dilakukannya sebelum meninggal dunia. Nabi Muhammad s.a.w menjelaskan berpandukan laporan Imam Ahmad dalam Musnadnya dann Ibn Abi Hatim dalam himpunan hadis-hadis sahih, “Apabila mayat itu seorang mukmin, ibadah solatnya diletakkan dibahagian kepalanya, puasa disebelah kanannya, zakat disebelah kirinya, amalan kebajikan seperti sedekah, mengeratkan hubungan kekeluargaan serta perbuatan-perbuatan yang makruh diletakkan disebelah kakinya. Kemudian malaikat mungkar  dan Nakir dating menyoal simati berhubung beberapa perkara. Apabila simati beriman dan bertaqwa, Allah mantapkan jawapannya dan selepas itu dibuka salah satu pintu syurga baginya dan diluaskan kuburnya seluas 70 hasta. Bagi mereka yang kafir dan fasik mendapat azab kubur sesuai dengan apa yang mereka lakukan selama ini.