Monday 1 October 2012

Muridku

 mudirah dan penolongnya.....
Murid 2 muslim

Mencari kerahmatan Ilahi

1/10/2012 - Isnin

sudah lama aku tidak menulis di sini...blog ini lahir pun kerana subjek TP yang aku ambil...kini aku di penghujung sem 6....lagi dua minggu final..wahhh...dh nk habis dah...aku memohon kepadamu ya Allah berilah keberkatan dan bantulah aku untuk menelaah pelajaranku ini...

Apabila mendengar ada yang kene repeat subjek...aku ngeri sungguh...aku tak sanggup ya Allah..aku tak sabar untuk menghabiskan pengajianku ini..

masa tiga tahun di sini banyak tanggungjawab pada keluarga aku abaikan..anak-anak kurang mendapat tumpuan dariku dalam pelajarannya...

Pada awalnya aku mengharapkan anak-anak mengikuti dan mencontohi langkahku dan dapat belajar bersama-sama...tapi lain pula yang jadinya...

Anakku yang ketiga akan menduduki SPM tak lama lagi...aku mengharapkan ia berjaya dalam peperiksaannya...tapi hingga kini belum menampakkan usaha kerasnya ke arah itu...aku tak tahu mahu nasihat apa lagi....ya Allah semuanya adalah ketentuan darimu...bukakanlah pintu hatinya...luaskanlan pengetahuannya...lapangkanlah dadanya...aku benar-benar mengharap pertolongan darimu...Aminnnn...ya Rabbal "alamin....

Sunday 3 June 2012

cuti sekolah

Hari ni nak masak lah...cuti sekolah ni nak cuba resepi baru...nanti boleh lah kita rasa sama2...
he he macam mana nak rasa yer...so you all kena lah datang sini...sape yg tak pernah rasa laksa pahang..boleh order....tapi kena buat appoinment dulu...

Sunday 18 March 2012

PELAJAR KAFA ( I ) AL-AZIZIAH


                                                    Membaca doa belajar sebelum masuk kelas

                                                      Semuga menjadi pelajar yang cemerlang 

                                              Pelajar  2 Muslim bersama ustazah Afifah

Ujian mac

Assalamualaikum.....

Wahai murid-muridku...selamat mengulangkaji pelajaran...esok hari pertama ujian...malam ni sebelum tidur banyakkan menghafal surah..esok ujian quran dan hafazan..kalau sebelum tidor kita menghafal ia mudah ingat..sebab hafalan kita tu melekat kat otak kita sampai ke pagi..anak-anakku kamujuga mesti buat macam ni...

semoga berjaya...

Monday 12 March 2012

FINAL EXAM SEM 5

Kini berakhir sudah semester 5...final exam hari itu akan menentukan sama ada aku masih berada di Kuis atau tidak...aku sentiasa berharap kejayaan akan menjadi milikku...Aku sentiasa berdoa kepada Allah agar usahaku selama ini mendapat keredhaannya...walaupun bagaimanapun aku juga sedar pada sem kali ini aku amat susah untuk mengingat apa yang dipelajari..sudah puas aku menghafal nota-notaku...tapi sekejap saje aku akan lupa semula...ya Allah sebenarnya apalah kesilapan yang telah aku lakukan ...aku mohon keampunanmu ya Allah...apakah ini faktor usia..

Namun demikian aku tetap berharap aku memperolehi kejayaan bagi mencapai matlamatku...kepada pensyarah tolonglah fahami keadaanku ini....semoga Allah membalas segala kebaikan di atas tunjuk ajar yang telah diberikan kepadaku..

Ya Allah makbulkanlah permintaanku ini...Amin ya rabbal 'alamin..

Tuesday 14 February 2012

UJIAN SEMESTER

assalamualaikum...

kepada semua pelajar yang ingin mengambil ujian bolahlah membauat ulangkaji disini dengan menjawab soalan - soalan yang di paparkan...semoga ia memberi manfaat kepada semua,



بهاڬين ڨرتام ( 20 مركه )
ڨيليه جواڨن يڠ بتول باڬي سوءالن دباوه اين دان بولتكن.

1. كنتين سكوله ايت ________ توتوڨ اوليه جابتن كصيحتن.

ا. دأره                                        ب. داءره
 ج. دأراه                                     د. ديأره

2. عمر _________ دعاء سبلوم ماكن.

ا. ممباچ                                       ب. دباچ
ج. باچاءن                                      د. ڨمباچ

3. امين ترجاتوه كدالم ________ اڨبيلا دلڠڬر اوليه سبواه موتوسيكل.

 ا.سمك                                         ب. سمق
ج. سيمق                                        د. سماق

 " اياله _______. izin. ايجاءن يڠ بتول باڬي ڨركاتاءن " 4

ا.ايذين                                         ب. ايذن
ج. عظين                                       د. اذين

5. كات ڨينجمن بهاس عرب دري ايستيله اڬام اياله _________.

ا. كرتس                                    ب. سابون
ج. سجود                                     د. ليسن

6. زينب سوك ماكن _________ ڨد وقتو ڨتڠ.

ا. اءيسكريم                                ب. اءيس كريم
ج. أسكريم                                   د. ايسكريم

. جوروراوت برتوڬس د ___________7
ا. هسڨيتل                                   ب. هوسڨيتل
ج. هوسڨيتال                                 د. هوسڨتل

8. كاكق تله برجاي مڽمبوڠكن ڨلاجرن ك ____________.
ا. يونيۏسيتي                               ب. اونيۏرسيتي
ج. يونورسيتي                                  د. يونيۏرسيتي

9. __________ ايت سدڠ ممباءيقي كريتا.
ا.مكينيك                                         ب. ماكينيك
ج. مكنيك                                        د. ماكينيق

10. ايبو سنتياس مندعاكن يڠ __________ اونتوق انق- انقڽ.
ا. باءيق                                          ب. بايك
ج. ترباءيق                                       د. ترباءك


سوءالن ڨرتام ( 20 مركه )

 توكركن ڨركاتاءن برايكوت كڨد ايجاءن جاوي.

Epal  =___________                                Telefon = ___________

Motosikal  = __________                       Teksi = _____________

Harmoni    = __________                       Demokrasi = _________


Eksport      = __________                       Konsert = ___________

Import        = __________                       Delegasi = __________      

  
سوءالن كدوا ( 20 مركه )
توكركن ڨركاتاءن برايكوت كڨد ايجاءن رومي.

تيمم = ___________                                  فرض  = __________

وقوف = ___________                              حلال    = ___________

            سجود = ____________                         مغرب   = ___________

تكبير    = ____________                    مسجد = ____________       

                     تهجد = ____________                   نسخه  = ___________

سوءالن كتيڬ ( 10 مركه )
سوسون سمولا ڨركاتاءن برايكوت سوڨايا منجادي اية يڠ بتول.

1. ڨرلو -  ديري -  منجاڬ -  رماج -  مرواه

____________________________________________.

2. كبوكيت -  كامي -  بنديرا -  لاواتن -  ممبوات

____________________________________________.

3. ممباچ -  عملكن -  صلاة -  سلڨس -  القرءان

____________________________________________.

4. هندقله -  مݞحرمتي -  تتݞڬ -  كيت

____________________________________________.

5. نصيحت - دݞرله -  سوڨايا - ابيبو -  برجاي – كامو


____________________________________________.



         


بهاڬين كدوا خط ( 30 مركه )

توليس سمولا ايات برايكوت مڠيكوت قاعده خط نسخ.

  1.   قَطَفَ الْفَلاَّحَانِ الْفوَاكِهَ

 
          _____________________________________.

  1.   السَّفِيْنَةُ الكَبِيْرَةُ فِى البَحْرِ

          ______________________________________.

  1.  ايبو مثالي

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­_______________________________________.

  1.   سلام سجهترا

_______________________________________.

  1. كلوارڬ بهاڬيا

         _______________________________________.
  

Thursday 2 February 2012

SOALAN PSRA


SOALAN TAUHID

Jawab dua soalan sahaja dari bahagian ini.
Soalan pertama ( 20 markah )
         I.            Tuliskan  takrif kiamat.
       II.            Huraikan keadaan orang yang beriman pada hari kiamat kelak.
     III.            Senaraikan tiga tanda-tanda kiamat.
     IV.            Tuliskan erti bagi:
-          Yaumul kiamah
-          Yaumul hisab
Soalan kedua ( 20 markah )
        I.            Tuliskan pengertian samiyat.
      II.            Senaraikan lima perkara-perkara samiyat.
    III.            Tuliskan perbezaan pahala dan dosa.
    IV.            Senaraikan tiga kesan baik beriman dengan samiyat.
Soalan ketiga( 20 markah )
        I.            Tuliskan pengertian mukjizat
      II.            Tuliskan pengertian irhas.
    III.            Senaraikan dua contoh irhas
    IV.            Apakah takrif khurafat.
      V.            Senaraikan tiga kesan mempercayai perkara khurafat

Soalan Fekah
Soalan pertama ( 20 markah )
        I.            Senaraikan jenis-jenis sujud
      II.            Apakah erti sujud sahwi?
    III.            Tuliskan lafaz niat haji dan umrah
    IV.            Senaraikan empat jenis haiwan yang halal dimakan.
      V.            Bilakah dibolehkan melakukan ibadat korban?
Soalan kedua ( 20 markah )
        I.            Nyatakan waktu-waktu yang diharamkan solat sunat.
      II.            Apakah erti aqikah?
    III.            Tuliskan dalil jualbeli.
    IV.            Senaraikan empat jenis muamalat yang dihalalkan didalam Islam.
      V.            Apakah hokum mengamalkan riba?
Soalan ketiga ( 20 markah )
        I.            Apakah erti zakat pada syara’?
      II.            Nyatakan dua hikmat mengeluarkan zakat.
    III.            Apakah hokum mengamalkan faraid?
    IV.            Sebutkan tiga waris lelaki yang layak menerima harta pusaka.
      V.            Apakah erti nikah pada bahasa?
    VI.            Tuliskan dua hikmat perkahwinan.
  VII.            Senaraikan dua jenis jenayat.
VIII.