Thursday 5 January 2012

Hari Kiamat

Setiap yang hidup pasti merasai maut selepas roh keluar daripada jasad seseorang. Selepas itu jasad simati disimpan di dalam kubur selepas dimandikan, dikapan dan disembahyangkan keatasnya. Didalam kubur, mayat seseorang mukmin ditemani oleh amal-amal salih yang dilakukannya sebelum meninggal dunia. Nabi Muhammad s.a.w menjelaskan berpandukan laporan Imam Ahmad dalam Musnadnya dann Ibn Abi Hatim dalam himpunan hadis-hadis sahih, “Apabila mayat itu seorang mukmin, ibadah solatnya diletakkan dibahagian kepalanya, puasa disebelah kanannya, zakat disebelah kirinya, amalan kebajikan seperti sedekah, mengeratkan hubungan kekeluargaan serta perbuatan-perbuatan yang makruh diletakkan disebelah kakinya. Kemudian malaikat mungkar  dan Nakir dating menyoal simati berhubung beberapa perkara. Apabila simati beriman dan bertaqwa, Allah mantapkan jawapannya dan selepas itu dibuka salah satu pintu syurga baginya dan diluaskan kuburnya seluas 70 hasta. Bagi mereka yang kafir dan fasik mendapat azab kubur sesuai dengan apa yang mereka lakukan selama ini.

No comments:

Post a Comment