Berikut adalah tip dan kaedah bagi menangani penyakit waswas:
- Berikhtiar dengan sabar dan solat adalah formula dari Allah s.w.t dalam usaha memohon pertolongan.Cuma pastikan segala syarat solat diterima, ditekankan disamping meningkatkan kesabaran serta beristiqomah dalam mengerjakannya.
- Memohon perlindungan daripada hasutan syaitan setiap kali hendak memulakan ibadah.
- Seimbangkan perasaan takut ( khauf ) dan harap ( raja'). Takut yang keterlaluan dalam amalan dan ibadah tidak diterima oleh Allah adalah salah dan punca waswas.
- Dalami permasalahan fiqah dengan bertanya kepada ustaz. Pastikan pemahaman yang tepat, bukan dengan sekadar membaca kitab sahaja.
No comments:
Post a Comment